Halaman Utama

Inilah sekolahku. Sekolah Kebangsaan Batu Linting. Terletak di kawasan pedalaman dalam daerah Kuala Penyu. Sudah menjadi satu lumrah, nama setiap sekolah akan diambil dari nama kampung di mana sekolah tersebut dibina. Begitulah juga dengan sekolah ini. Ia terletak di kampung Batu Linting. Masyarakat kampung ini terdiri daripada suku kaum kadazan-dusun. Kampung ini pernah melahirkan seorang tokoh politik yang berwibawa iaitu Datuk John OT.Gani. Beliau merupakan anak sulung kepada OKK.Gani iaitu orang yang bertanggung jawab  kepada terbinanya sekolah ini. Ini kerana, beliau telah bermurah hati untuk menderma kawasan tanah milik beliau untuk dijadikan tapak sekolah ini. Dasar kerajaan yang ingin melihat kesamarataan dan keadilan dalam pendidikan dimiliki oleh semua rakyat. Sekolah ini turut tidak terlepas dari pembangunan. Sejak beberapa tahun lepas bangunan sekolah telah bertukar rupa. Daripada hanya berdindingkan kayu kini pelajar begitu selesa menimba ilmu pengetahuan di bangunan konkrit yang menempatkan pelajar Tahun Satu hingga Tahun Enam. Sekolah ini ditadbir oleh Pn.Ramla Tahir selaku Guru Besar dengan dibantu oleh lima belas orang guru termasuk saya. Oleh kerana saya merupakan Guru Bahasa Malaysia Tahun Enam. Maka dalam blog saya ini, saya lebih menumpukan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya kertas dua (penulisan). Semoga kita semua akan dapat berkongsi pengetahuan bersama.

6 comments:

  1. Sekolah cikgu sangat cantik dan bersih.Teruskan usaha supaya anak murid kita dapat belajar dengan bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  2. Ya sekolah cikgu sangat cantik..

    ReplyDelete
  3. taklah secantik mana,talian TM tiada cuma damai kerana dengar bunyi ombak laut saban hari

    ReplyDelete
  4. Tahniah kerana menghasilkan blog yang menarik. Suasana sekolah anda sangat ceria...

    ReplyDelete
  5. Salam. tahniah blog yang cantik macam sekolah cikgu.

    ReplyDelete
  6. Tahniah tuan...sekolah yang cantik...macam mau pi sekolah tuan la... blog pun cantik

    ReplyDelete