1. Ayat Rangsangan (AR) : Ayat ini akan merangsang pembaca dan meninggalkan kesan kepada pembaca. Kemukakan tiga ayat rangsangan yang berkaitan dengan definisi dan isu semasa tentang kata kunci @ kehendak soalan.
2. Ayat Arahan (AA) : Ayat yang menjawab kata kunci karangan/tentang isi yang akan dibicarakan.
Contoh Pendahuluan Karangan:
Contoh 1 :Pendahuluan Jenis Fakta / Pendapat
Soalan:
Di negara kita, kemalangan jalan raya dikatakan berlaku hampir pada setiap hari. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan di jalan raya?
(AR) Kemalangan atau kecelakaan di jalan raya merupakan tragedi yang telah banyak mengorbankan nyawa dan harta benda manusia. (AR) Hampir setiap hari, media cetak menyiarkan berita tentang kemalangan di jalan raya. (AR) Menurut statistik, negara kita pernah mencatat kadar kemalangan yang tertinggi di dunia. (AA) Oleh yang demikian, pihak yang berkenaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.
Contoh 2: Pendahuluan Jenis Suasana
Soalan:
Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana kediamannya telah musnah disebabkan oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu.
Bunyi kuat kedengaran. Orang ramai, termasuk saya berpusu-pusu ke arah bunyi kuat itu. Apabila saya sampai di tempat itu, saya melihat sederetan rumah telah ditimpa oleh batu-batan yang jatuh dari bukit. Saya terpaku dan terkesima melihat kejadian itu. Seketika, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari suatu bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut.............
(karangan jenis ini memerlukan kebolehan pelajar menggambarkan suasana atau keadaan dengan jelas dan kebolehan pelajar memilih perkataan yang mengesankan hati pembaca. Gambaran perlu menyorot perasaan hati watak secara terperinci dan menggunakan retorik yang sesuai untuk lebih upaya menyingkap suasana persekitaran yang hendak digambarkan.
Contoh 3: Pendahuluan Jenis Peribahasa
Soalan:
Tulis satu rencana yang bertajuk "Perpaduan Asas Kemajuan " untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.
Orang Melayu sememangnya kaya dengan peribahasa. Peribahasa yang dicipta oleh masyarakat Melayu meliputi semua aspek kehidupan, seperti budaya, adat, pantang larang dan nilai-nilai murni. Antara peribahasa yang menekankan aspek nilai murni, seperti kerjasama dan perpaduan ialah "Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni", "Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah' dan banyak lagi. Semua peribahasa yang dinyatakan sebenarnya membawa konsep kerjasama...............
i. Menulis dan Mengembangkan Perenggan Isi.
1. Perenggan Isi mestilah ada:
a) Isi Pokok
b) Satu Isi dalam satu perenggan
c) Ada Huraian
d) Ada Contoh/Bukti
e) Ada Rumusan
f) Jelas dan Tepat
g) Sekurang-kurangnya 5 ayat : A1-A5
2. Rangkakan isi-isi untuk tajuk yang dipilih:
Contoh rangka karangan
Tajuk karangan: Sebab-sebab Meningkatnya Kemalangan Jalan Raya
* Pendahuluan
* Isi pertama - sikap pengguna jalan raya semasa memandu
* Isi kedua - sikap cuai pemilik kenderaan
* Isi ketiga - Kesesakan jalan raya
* Isi keempat - penguatkuasaan JPJ yang bermusim
* Isi kelima - keadaan jalan raya yang tidak baik
3. Kenali ayat demi demi ayat
A1 - Isi pokok
A2 - Huraian tentang isi pokok
A3 - Masih huraian isi pokok
A4 - Bukti/contoh/data/statistik
A5 - Pendapat/cadangan/rumusan calon tentang isi pokok
Contoh perenggan isi
A1 Selain itu, sikap cuai pengguna kenderaan turut meningkatkan kadar kemalangan jalan raya. A2 Sesetengah pengguna kenderaan tidak mengambil berat untuk memeriksa kenderaan mereka. A3 Setiap hari, mereka akan terus menggunakan kenderaan tanpa pemeriksaan. A4 Sikap cuai ini akan meninggalkan implikasi yang buruk terhadap pengguna kenderaan. A5 Sikap cuai ini ternyata akan mengundang kemalangan terhadap pengguna jalan raya.
ii. Menulis Perenggan Penutup
1. Kenali ayat demi ayat
A1 - rumusan/kesimpulan keseluruhan isi karangan/tajuk karangan
A2 - cadangan
A3 - harapan/seruan
A4 - pendirian penulis
A5 - cogan kata/peribahasa/kata-kata hikmat/persoalan
Contoh Perenggan Penutup
Tajuk Karangan : Langkah Mengatasi Pencemaran Alam
ii. Menulis Perenggan Penutup
1. Kenali ayat demi ayat
A1 - rumusan/kesimpulan keseluruhan isi karangan/tajuk karangan
A2 - cadangan
A3 - harapan/seruan
A4 - pendirian penulis
A5 - cogan kata/peribahasa/kata-kata hikmat/persoalan
Contoh Perenggan Penutup
Tajuk Karangan : Langkah Mengatasi Pencemaran Alam
A1 Alam yang indah merupakan anugerah Tuhan untuk dinikmati oleh setiap makhluk tetapi manusia sering mengabaikannya. A2 Jika kita inginkan alam sekitar yang bersih, maka kerjasama daripada semua pihak, seperti kerajaan, swasta dan masyarakat perlu dipupuk. A3 Kita harus menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dalam melaporkan kejadian yang memusnahkan alam sekitar. A4 Setiap laporan pula perlu diambil tindakan dengan segera. A5 Cogan kata "Cintai Alam Sekitar" perlu menjadi pegangan rakyat Malaysia.
Good job, thanks for sharing......^^
ReplyDeleteContoh penulisan yang baik dan sesuai.
Delete